Aliff Syukri Tak Serik Menyanyi, Keluar Lagu Baru Tahun Depan
Meskipun terpalit dengan kontroversi panas sebelum ini sehingga dihadapkan ke mahkamah, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tidak serik untuk menyanyi lagi.
Memetik Kosmo, Aliff memaklumkan dia sedang merakam dan menyiapkan sebuah lagu dijangka akan dikeluarkan pada tahun hadapan.
BACA: Aliff Syukri Tak Mengaku Bersalah Buat Video Sumbang
Dalam pada itu, Aliff berkata bidang nyanyian itu hanyalah sekadar hobi sahaja namun tidak sangka kontroversi membabitkan dirinya sehingga sampai didakwa di mahkamah.
“Doakan lagu baharu saya keluar tahun depan ya, doakan. Macam saya kata, saya buat ini sebagai hobi sahaja dan saya tidak sangka benda (kontroversi) ini sampai tahap ini dan biarlah benda ini berlaku dengan bagusnya.
“Lagu ini macam saya katalah, hiburan semata-mata. Itu sahaja. Saya tak mahu kata apa-apa lagi sebab masih dalam kes lagi,” katanya.
Mengulas mengenai empat pendakwaan yang dihadapinya di mahkamah semalam, Aliff meminta semua pihak mendoakannya serta berhadap kesnya akan diadili sebaiknya.
“Saya menyerahkan sepenuhnya kes ini kepada dua peguam bela saya untuk membantu dalam kes ini.
“Saya juga berharap rakyat Malaysia janganlah mengadili saya yang bukan-bukan sebab kes ini hanya saman jabatan sahaja. Biarlah hakim buat kerjanya,” katanya.
Terdahulu, muzik video lagu raya ‘Kelepok Raya’ nyanyian Aliff mencetuskan kontoversi apabila memaparkan sekumpulan lelaki bersolek dan berperwatakan lembut sekali gus menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.
Dah dah la tu alip…membazirkan duit dan waktu.. kan lebih baik fokus meniaga dan besarkan anak anak. Tak penat ke dikecam… Mmmm
Farizan byk ka dia bayaq kat hang ? Or hang memang jenis syok kat dia …
Berduet dgn Che Man la
Lol
Akak rasa min RK ni minat… hehe
admin LGBT kot..
who cares?
Buat lagu kat Che Man ke sisss?
Mat lucah!
Jantan straight takde nye wey nak layan lagu mamat belut ni. Diaorang layan WeChat sembang dengan sundal tek labuh! Haha
Farizan mesti dowload lagu Tok Lip ni buat ringtone! :)
..alip ni geng shimah..tak lut di kecam..