fbpx

Ada yang suka, lebih ramai rasa kami yang tidak gemarkan cara lelaki ini meluahkan perasaan di Youtube dan melalui muzik.

Namun, kami sendiri terpaksa mengakui yang Namewee seorang yang berbakat & hasil kerja beliau memang berkualiti dan boleh di’terima akal seni.

Hari ini, kami terima perkhabaran tidak rasmi yang mengatakan Namewee telah menerima sebuah anugerah di Osaka Asian Film Festival (OAFF) 2012.

Namewee telah terpilih oleh juri untuk memegang gelaran Most Promising Talent untuk hasil kerja beliau melalui filem pertama, Nasi Lemak 2.0 yang berjaya membuka mata ramai pihak selain mengutip lebih RM7 juta di’pawagam seluruh negara sepanjang tayangan.

Tahniah buat Namewee atas penghargaan ini & teruskan usaha untuk hasilkan karya karya menarik. Cuma kalau boleh, kurangkan aktiviti yang menyentuh sensitiviti kaum & agama. Heh. via /k