fbpx

Mamat Rindu Jep & Shuib, Harap Boleh Duduk Semeja Minum Kopi

Pelawak Mamat Sepah berkata dia tidak melihat ada harapan untuk menyatukan semula dua anggota asal Sepah iaitu Shuib dan Jep berikutan ada isu antara mereka yang belum ada jalan penyelesaian.

Memetik mStar Online, Mamat berkata dia berharap impiannya itu akan menjadi kenyataan namun mengakui agak sukar untuk menyatukan semula mereka.

BACA: Mamat Dedah Punca Tak Dapat Hadir Majlis Nikah Shuib

“Sekarang semua dah tahap jutawan, Alhamdulillah. Saya sangat gembira dengan impian kami sebelum ini yang mahu jadi ‘somebody’.

“Tapi bila timbulnya isu perpecahan, perkara berbangkit… saya pun tak sangka keadaan jadi macam ini. Saya secara periadi memang nak satukan sepah semula. Tapi saya sedar agak sukar untuk disatukan semula mengenangkan keadaan sekarang,” katanya.

Terdahulu, Mamat berharap dua rakan baiknya itu dapat menyelesaikan permasalahan dengan baik.

Pada Mac lalu hangat diperkatakan apabila Jep ada memberikan penjelasan punca Shuib tiada daalam Sepahtu Reunion Live (SRL) .

Malah, Jep menededahkan bahawa dia tidak hadir ke majlis pernikahan Shuib dan Watie kerana tidak mendapat jemputan daripada rakannya itu.