Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha berkata dia hanya mampu ketawa apabila namanya dipetik menjadi isteri keempat seorang individu kenamaan.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Daiyan berkata ada wartawan yang bertanyakan kepadanya mengenai dakwaan berkenaan.
BACA: Pergi Umrah Tapi Masih Seksi, Daiyan Trisha Mahu Jadi Diri Sendiri

“Kakak reporter tanya tahu ke pasal ada orang ramai petuk nama saya yang Daiyan ni isteri keempat seorang Datuk yang dirahsiakan. Saya hanya mampu gelak. Ada ‘sugar daddy’, isteri keempat, dibela orang la,” tulisnya.
Menurut Daiyan lagi, dia sudah tidak kisah lagi dengan khabar angin membabitkan diri malah sempat berseloroh memuat naik gambar dengan kapsyen ‘hidup sebagai isteri keempat’.
Terdahulu, media melaporkan selebriti cantik berusia 31 tahun didakwa sudah bergelar isteri keempat seorang lelaki berstatus bangsawan.
Selebriti tersebut sudah lama menjalin hubungan cinta dengan VVIP berkenaan sebelum mengambil keputusan untuk menghalalkan ikatan.