fbpx

“Nak Tahu Berapa Pasang Baju Raya Saya, Kiralah Sendiri”

Seperti biasa setiap kali menjelang Aidilfitri pasti peminat-peminat nak tahu berapa pasang baju raya warna sedondon yang akan digayakan oleh Rozita Che Wan sekeluarga. Tahun lalu, Che Ta sediakan 20 pasang persalinan setiap seorang.

Tetapi tahun ini Che Ta tidak akan berkongsikan jumlah baju raya yang akan digayakan olehnya kerana tidak mahu dijadikan modal oleh netizen yang hanya mahu mencari kesalahannya sahaja.

BACA: Baju Tak Sesuai Melawat Orang Sakit, Che Ta Dituduh Sebar Kuman

“Kalau nak tahu sangat berapa pasang baju raya saya tahun ini, kiralah sendiri bila saya muat naik gambar di Instagram sepanjang Syawal nanti”.

“Kalau saya senaraikan warna baju, pasti ada yang dapat mengagak jumlahnya. Sebut sahaja warna apa, semuanya jadi pilihan. Tetapi, saya tidak akan nyatakan berapa jumlah pakaian untuk raya tahun ini.

“Saya sudah malas apabila niat sekadar menjawab pertanyaan media disalah erti hingga dijadikan segelintir warganet sebagai modal untuk mengecam,” katanya kepada BH Online.

Che Ta memberitahu, selain baju raya baru, dia juga masih mempunyai beberapa pasang baju yang belum sempat digayakan pada raya tahun lalu.

Ditanya mengenai persiapan raya, Che Ta berkata kebiasaannya dia akan menyediakan segala kelengkapan sebelum Ramadan.