fbpx

“Nak Rambut Panjang Sampai Orang Bosan”

Namanya melonjak naik selepas membintangi darama Sweet Dreams bersama Mira Filzah, boleh dikatakan pelakon Ben Amir kini menjadi kegilaan ramai gadis diluar sana dan ramai yang sukakan imejnya yang berambut panjang.

Ben Amir mengakui ada menerima tawaran yang memintanya untuk berambut pendek namun dia terpaksa menolak secara baik. Ujarnya lagi, buat masa ini dia tidak bercadang untuk menukar gayanya ke imej berambut pendek.

BACA: “Ben Amir Tu Memang Adik Saya, Tak Tahu Ke?”

“Sekarang saya nak bawa karakter berambut panjang dulu sampai seorang orang dah bosan, barulah kita tukar imej.

“Kalau boleh dengan berambut panjang ni saya nak cipta satu imej yang pelakon lain tidak ada. Jadi saya akan kekal dengan imej ni sekejap,” katanya kepada hLive.

Menurut Ben lagi, dengan imej berambut panjang lebih banyak watak atau karakter yang boleh dibawa. Dalam pada itu, Ben berkata penjagaan rambutnya tidaklah sukar, hanya memerlukan penjagaan tambahan sahaja.

“Dengan rambut sekarang, macam-macam watak boleh bawa. Ia tidak terhad pada waktu sahaja. Saya boleh jadi baik, boleh jadi jahat.

“Rambut panjang sekarang tak susah nak jaga pun. Saya guna syampu macam biasa cuma ada penjagaan tambahan menggunakan minyak kelapa,” katanya.