Nak Nikah Disember Ini, DSV Belum Berani Beritahu Cik B
Bakal menamatkan zaman janda dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal, jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida berkata dia serius untuk berkahwin dan mungkin jodohnya sudah sampai.
Menurut Vida, jika Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditamatkan pada Disember, dia mahuk mengadakan majlis besar-besaran serta sebuah perkahwinan yang gilang-gemilang.
BACA: DSV, Iqbal Bakal Nikah Disember Ini?
“Memang betul nak kahwin. Bukan main-main atau publisiti kerana saya rasa memang jodoh dah sampai. Benar dan saya mahukan majlis ‘wedding of the year’. Perkahwinan adalah perkara yang bukan kita selalu buat.
“Kalau PPN dah tamat, saya memang akan adakan majlis besar-besaran tapi semua yang hadir kena lengkap dua dos dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Tarikhnya saya akan beritahu nanti,” katanya.
Kata Vida lagi, dia sudah memohon petunjuk daripada Allah agar dipermudahkan urusan jodoh dan nekad untuk berkahwin dengan Iqbal meskipun jarak usia 22 tahun.
“Saya sudah berdoa, dah buat solat Istikharah dan saya pasti, Iqbal adalah jodoh saya. Dia seorang lelaki yang jujur dan bertanggungjawab.
“Saya dah lama berkawan dengannya (Iqbal). Saya tak minta banyak cuma doa yang baik-baik daripada orang ramai agar ikatan perkahwinan kali ini berkekalan hingga hujung nyawa,” ujarnya.
Ditanya mengenai penerimaan anak-anak, Vida berkata dia belum mempunyai keberanian untuk berbincang mengenai perkara itu terutamanya dengan Cik B.
“Kacak tiada masalah rasanya. Cuma Cik B dia agak protektif dengan saya. Saya belum berani untuk beritahu kepada mereka tentang hasrat saya (untuk berkahwin).
“Biarlah mereka dengar dahulu daripada media bukan daripada bibir saya sendiri. Cik B perlu masa untuk menghadapi semua ini. Perlahan-lahan saya akan beritahu dirinya,” katanya.
- SUMBER
- Kosmo!
tak berani bagitau anak ? satu dunia dah tahu !
ayo..zmn ni kan spntas kilat je org tahu., x bagitahu lgi dkt anak tpi anak dh terbaupun, bukan anak tu baru dpt kaki, dh bsr remaja pun..dia pun dh terbau durian. Berani ke x berani, bau tu totap ado. Belum apo2 dh takut…beranilah hadapi
mabuk ketum ke makcik ni … anak dia tu terlalu biol ke, rasanya segala med sos yg ada kat dunia ni, anak dia ada… cannot brain la …
Hahhhhah..kelakar..cikbi taktau dah ko canang satu dunia kat socmed ni apa.aduhai makin teruk makcik ni
Jantan tu nak duit kau lah. Siapa yg boleh cinta cantun dgn org tua? Jantan tu akan kaut harta kau dan Cik B serta adiknya akan melopong, …Aku tak percaya jantan tu “honest”..Kesian anak2 ..
Kesian cik bee, dari kota baru sampai golok sumer org dah tahu. Dia sorang je tak tahu. Esok pagi lepas makan nasi kerabu + budu selo talk ngan dia jgn sampai dia terperanjat. Dia mesti belum tahu lg tu. Cakap je ngan dia dah jodoh nak wat camne.
Tak kanla cik B x tgk portal hiburan.. Kwn x cte.. Erm.. Saje je lah tu
Apapun tahniah in advance. Semoga bahagia. Kdg2 laki muda ni lebih memahami.. (kadang2 yer)
kahwin umpanama mendirikan masjid. apa salahnya
Kat media social dh betabur ceta dato nak kawin org muda…dh jadi PA pun bemsalah apalagi jadi suami, fkir2lah dato. .x ada anak yg nakkn ibunya menderita …
Anak vida ni duk dalam gua ke? tak main handpon? takde TV radio semua??
macam2lah berita mengarut dia ni! selagi tak kahwin hari2 la cerita dia tubik kat RK ni..
Cik B tak pandai membaca ke? tak tengok youtube ke?
sekian…
Far East, kawen umpama mendirikan masjid apa salahnya. Betul cakap ko tu, bijak. Kalu kawen 16 kali maknanya dah 16 buah masjid didirikan? Gua baru 5 kali kawen.