fbpx

“Nak Kongsi Kasih Mental Kena Kuat, Hormat Hak Isteri Pertama”

Baru-baru ini tular mengenai kisah poligami dikongsikan di media sosial yang mendapat perhatian pelakon senior Zarina Zainuddin tampil memberikan sedikit nasihat buat mereka bergelar isteri muda.

Menerusi komen ditinggalkan, Zarina berkata wanita yang mahu berkahwin dengan suami orang perlu menyiapkan diri dengan mental kuat apatah lagi perlu berkongsi kasih.

BACA: Zarina Zainuddin Menggigil Satu Badan, Anak Beli Game Online RM10,000

“Niat nak jadi isteri berkongsi kasih, mental kena kuat.. lelaki bodoh je yang tak sayang bini pertama..dia hidup susah-susah mula-mula kahwin dengan bini dia, kau datang semua dah ada pastu kau rasa semua kau punya ke?” tulisnya.

Kata Zarina lagi, jika bergelar isteri kedua perlu hormat hak atau perasan isteri pertama memandangkan tindakan berkahwin dengan suaminya sudah membuatkan wanita itu terluka.

“Hormat hak orang yang pertama tetap yang pertama, sampai bila-bila kau yang nombor 2 dan seterusnya itu. Bawa banyak bersabar, hati orang kau dah koyak rabakkan pastu nak sedap-sedap dengan laki dia,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Zarina yang sudah 27 tahun hidup bermadu turut menitipkan pesanan supaya elakkan daripada berkahwin dengan suami orang lebih-lebih lagi jika hati dan jiwa tidak kuat.

Zarina Zainuddin telah bergelar isteri kedua kepada Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada Julai 1993 yang lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata.