Zarina Zainuddin Menggigil Satu Badan, Anak Beli Game Online RM10,000
Pelakon Zarina Zainuddin hilang kata-kata apabila anak bongsunya, Adam, 15 tahun membelanjakan lebih RM10,000 untuk membeli tiga permainan video dalam talian.
Lebih mengejutkan Zarina berkata wang simpanan sebanyak RM23,000 untuk kegunaan masa depan pendidikan anaknya itu hanya tinggal RM3 sahaja.
BACA: Peluk Cium Anak Bujang, Zarina Zainuddin Ditegur Jaga Batas
“Selama ini, saya memang beri dia kad bank untuk mudahkan dia membeli data internet atau makanan dalam talian. Saya tak terfikir langsung yang dia akan menggunakan wang yang saya kumpul dalam akaun peribadinya untuk membeli permainan video itu.
“Menggigil satu badan apabila dapat tahu wang itu ‘lesap’. Adam mengaku dia membeli tiga permainan video dalam talian yang setiap satunya berharga RM3,000 hingga RM5,000,” katanya kepada Harian Metro.
Sebelum ini, Zarina ada berkongsi video anaknya itu mengaku kesilapannya, bagaimanapun video itu dipadam selepas dikecam netizen yang mendakwa pelakon itu membuka aib anaknya. Namun, Zarina berkata dia tiada niat mengaibkan tetapi mahu perkara itu menjadi iktibar kepada ibu bapa lain.
“Saya muat naik video itu bukan suka-suka atau nak aibkan anak. Saya cuma nak bagi teladan supaya ibu bapa di luar sana mengawasi pergerakan anak-anak di rumah, lagi-lagi dalam keadaan sekarang ini macam-macam boleh berlaku.
“Nak malu apa? Dia bukan mencuri atau merogol anak orang. Dia cuma beli permainan video menggunakan duit dia sendiri dengan jumlah yang begitu besar. Dia mencalarkan kepercayaan saya. Jadi apa yang malunya? Mereka yang kata macam ini tiada fikiran ke?,” katanya.
Dalam pada itu, Zarina berkata dia seorang ibu yang sangat tegas dengan anak-anak dan akan memastikan mereka mengakui kesilapan serta menanggung kesan daripada kesalahan tersebut.
- SUMBER
- Harian Metro
Kat Malaysia ni ada satu geng, nama dia geng aib. Ayat2 diorg semua aib tu, aib ni, acah2 I am holier than thou. Tolong org tunjuk video supaya org lain inspired pun aib. Bila Ebit Lew buat ok pulak, org lain buat dituduh tak ikhlas dan aib.
Diorg ni kalau ada kaki rogol, org dedahkan org tu suka rogol org pun, akan dicop tak jaga aib. Semuanya aib. Dedahkan laki suku pukul bini pun kena kecam aib.
Diorg ni lah sebenarnya enabler kepada macam2 isu yang disorok kat Malaysia ni daripada susah, lapar, penderaan, jenayah seksual, sebabnya asal nak cerita je geng2 aib ni akan muncul dan kecam.
Geng2 aib yang sedang beratur dan mencongak2 masuk syurga, sila munculkan diri. Tak percaya, nanti berderet diorg ni komen.
bangang punya netizen…aib mendenye…so lepas ni anak dia tau mak dia xleh buat pape selain membebel sebab netizen ada nak backup dia….bodoh btol sape yg kata aib tu…serius bodoh nak mampus…dia nak ajar anak dia,biarkan..bukan anak korg bongok
Laki aku kuat kentut..
penah berlaku hal yg sama dgn adik aku.. bulan2 parents aku mmg akan masukkkan duit dalam account kami adik beradik.. tahun 2017, adik aku umur 16.. dia withdraw around 8K camtu sebab nak beli iPhone X 256GB.. marah la parents aku, sebab 8K tu boleh guna untuk banyak benda lagi…
Dia 15 tahun ..adakah logic untuk bagi bank card ?????…
Salah siapa ….? Salah ibu la …
selalu bukak 2 akaun. satu akaun utk beli belah, beli brg pasar, online, duit skola anak, hah potong dari situ. pakai kad cuma kad ni tak link kat akaun simpanan, aku selalu had kan $600-$1000 dlm akaun tu. tiap habis, check balik semua ok, baru top up dari akaun simpanan. yg akaun simpanan, x ada debit or credit card yg bole access. hanya di bank atau online transfer. jgn kata anak, kita yg da tua ni pon kadang terover spend. tgh sedap dok blanja hah takde duit. sekurangnya tak terpakai simpanan
akk buat ad google then lupa. tau2 potong ribu riban. ngelabah tetek nak carik balik