“Nak Kecam, Kecamlah Sebab Nanti Saya Dapat Pahala”
Bermula dengan kenyataannya mahu bersara dari dunia nyanyian, selepas itu timbul pula isu depresi, boleh dikatakan sudah pelbagai kontroversi melanda penyanyi Haqiem Rusli.
Bagaimanapun, Haqiem mengakui sudah lali dan netizen hanya mahu mengecamnya tanpa mengetahui hal sebenar yang berlaku. Katanya lagi, jika sekali kita buat salah, sampai bila-bila orang akan nampak negatif.
BACA: “Walaupun Suara Saya Sumbang, Jangan Rampas Mic”
“Biasalah jika orang tu dah nampak sekali kesalahan kita, apa yang kita buat selepas itu juga akan dilihat sebagai negatif meskipun ia hanyalah perkara kecil.
“Yelah, kalau orang dah tak suka tu, macam-macam orang akan buat. Saya akui memang ramai yang benci saya sekarang ini.
“Tapi saya dah tak kisah dengan semua itu. Kalau nak kecam, kecamlah sebab nanti saya yang dapat pahala. Apa yang penting, saya tak kacau orang atau burukkan orang lain,” katanya kepada Astro Gempak.
Dikecam teruk apabila bertindak merampas microfon peserta program realiti ‘I Can See Your Voice Malaysia’, Haqiem memberitahu kecaman itu semua hanya terjadi di media sosial sahaja.
“Bagi saya kecaman-kecaman semua ini hanyalah berlaku di media sosial sahaja. Mereka hanya berani di situ sahaja. Bila berdepan tak ada pula berlaku apa-apa yang negatif sebagaimana yang diperkatakan,” katanya lagi.
Apa pun, netizen jangan la asyik mencari kesalahan artis walaupun mereka pernah buat salah sebelum ini. Dalam masa sama, diharap Haqiem boleh lebih berhati-hati ketika melakukan apa saja perkara selepas ini.
- SUMBER
- Astro Gempak
Kau xkacau org????..sikap kurang ajar kau tu tak kacau org lain ke????…sembang pandai tapi kosong.kau faham ke makna dan maksud tak kacau org????..bila kau dh malu kan org lain mcm tu…tak kacau perasaan org tu ke???..ape yg ko fahamkan tentang tak kacau org??..boleh nyatakan??..terangkan sikit.
statement apakah? perangai dia yang buatkan orang nak kutuk.
memang dari awal kemunculan tak berapa suka ngn mamat ni, sekarang makin meluat pulak..
aish