fbpx

“Nak Kahwin Tak Payah Grand Sangat” – PU Amin

Melalui entri terbaru, PU Amin menasihati orang ramai agar bersederhana dalam membuat majlis perkahwinan. Tapi disebalik nasihat itu, ramai mengaitkan majlis Elfira Loy yang baru berlangsung baru-baru ini.

BACA: “Apakah Sajat Mahu Mencabar Kuasa Allah SWT?” – PU Amin

Bagaimanapun PU Amin menafikan dakwaan dirinya memerli mana-mana selebriti dan tidak mahu netizen salah anggap dengan kenyataan yang diberi hingga menimbulkan perbalahan dengan selebriti yang dikaitkan.

“Status dimuat naik bersifat umum dan nasihat kepada golongan anak muda. Tiada kaitan dengan majlis perkahwinan artis pun. Berdasarkan ‘posting’ saya di IG, ramai salah faham hingga ada ‘tag’ nama artis tertentu”

“Kebetulan semalam saya menghadiri majlis kahwin rakan. Jadi, ramai kenalan yang masih bujang hadir. Ada antara mereka yang sedang merancang dan bercita-cita untuk mendirikan rumah tangga tahun ini”

“Mentaliti mereka, kalau nak kahwin kena buat majlis secara besar-besaran. Menguruskan perkahwinan perlu mengikut kemampuan masing masing. Pada pendapat saya, majlis perkahwinan besar mungkin hanya kepuasan pada hari itu semata mata,” jelasnya.

Rata-rata ramai bersetuju dengan pandangan PU Amin berkenaan bersikap bersederhana dalam melangsungkan majlis perkahwinan. Dalam Islam juga mengajar kita supaya tidak membazir dalam melakukan sesuatu. (rtky/w)