fbpx

“Nak Kahwin Dengan Mama, Kena Pikat Hati Anak-Anak Dulu”

Perkahwinan kali keempat hanya bertahan selama 10 bulan, anak-anak kepada produser popular Datuk A.Aida tumpang bahagia dan menyokong keputusan yang dibuat oleh ibunya itu.

Menurut dua anaknya, Wan Az Aleesa, 22 dan Wan Azevanatassha, 17,  tiada apa yang dimahukan oleh mereka selain melihat ibu kesayangan mereka itu bahagia dan gembira.

BACA: “Hanya Mahu Cinta & Kasih Sayang, Tak Kisah Soal Harta”

“Apa sahaja keputusan yang dibuat oleh ibu adalah hasil perbincangan bersama anak-anak. Asalkan ibu gembira, kami turut sama-sama tumpang bahagia.

“Sepatutnya, mereka masih berada dalam fasa bulan madu yang membahagiakan, namun nampaknya ibu lebih bahagia apabila membuat keputusan untuk berpisah. Jadi, jika keputusan yang diambil ini lebih menggembirakan ibu, kami sentiasa berada di belakangnya.

“Cuma, mana-mana lelaki yang ingin berkahwin dengan ibu perlu memenangi hati anak-anak dan keluarga terlebih dahulu,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, mereka tidak menghalang andai ibu mereka berhasrat untuk mendirikan rumah tangga lagi di masa akan datang.

Kata mereka lagi, sejak awal lagi mereka sudah menasihati ibu untuk mengenali hati budi bakal pasangan tetapi ibunya memilih untuk bercinta selepas kahwin.