fbpx

Nak Jadi PM & Wartawan, DSV Minta Aliff Syukri Sedar Diri

Dikala negara sedang hangat dengan kemelut politik, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mahu menjadi seorang ‘wartawan’ ingin membuat liputan secara langsung bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar.

Menurut Aliff tujuan temubual itu adalah untuk merungkai persoalan yang berlegar mengenai isu politik negara ketika ini. Perkara itu mendapat perhatian Datuk Seri Vida yang mengkritik tindakan Aliff.

BACA: Aliff Syukri Mahu Buat ‘Live’ Jumpa Tun M & Anwar Ibrahim

Vida mengatakan lebih baik Aliff Syukri berniaga sahaja dan tidak perlulah menjadi wartawan mahupun Perdana Menteri. Dalam pada itu, Vida turut mempersoalkan apa lagi yang dicari oleh Aliff sedangkan sudah memiliki segalanya serta kemewahan.

https://www.instagram.com/tv/B8_Y7SxAY7S/?utm_source=ig_embed

“Nak jadi wartawan, nak jadi perdana menteri, berniaga sudahlah. Nak jadi perdana menteri, nak jadi PM, PM ikat tepi bolehlah. Berniaga pandailah.

“Apa yang awak cari dalam hidup awak lagi, semua dah ada, pitih banyak, kepuasan apa lagi,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan DSV itu tidak kelihatan serius dan hanyalah gurauan semata-mata sekadar mengusik Aliff Syukri.

Terdahulu, rata-rata netizen kurang senang dengan idea Aliff Syukri itu  serta meminta agar usahawan kosmetik itu agar tidak mencampuri urusan politik dan biarkan pihak wartawan melakukan tugas mereka.