fbpx

Aliff Syukri Mahu Buat ‘Live’ Jumpa Tun M & Anwar Ibrahim

Sejak Isnin lalu, kemelut yang melanda politik negara semakin meruncing apabila Tun Dr Mahathir melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri sekaligus membuatkan rakyat ternanti-nanti langkah bijak Tun M untuk membentuk kabinet baru.

Perkara itu turut mendapat perhatian Datuk Seri Aliff Syukri yang bertanyakan adakah netizen mahukannya membuat liputan bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merungkai persoalan yang berlegar ketika ini.

BACA: “Ali Tak Patut Tuduh Saya punca, Padahal Korang Ada Konflik Dah Lama”

Menerusi Facebook miliknya, Aliff turut bertanyakan kepada orang ramai bagaimana cara untuk dia menghubungi dua tokoh politik tersebut untuk mendapatkan temubual secara live.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kurang senang dengan idea tersebut. Rata-rata netizen meminta agar usahawan kosmetik itu agar tidak mencampuri urusan politik dan biarkan pihak wartawan melakukan tugas mereka.

Kata netizen lagi, adalah lebih baik jika Aliff Syukri memberi fokus untuk membantu mereka yang memerlukan seperti yang sering dilakukannya. Malah, ada yang mengatakan ada baiknya jika Aliff turut sama mengikuti isterinya, Datin Nur Shahida yang kini berada di Tanah suci untuk menunaikan umrah.

Terdahulu, ramai memuji Aliff Syukri di atas tindakannya bertemu dengan balu arwah Abam dan berjaya membongkar perkara yang tidak diketahui umum mengenai kemelut antara Noor Hidayah dan Ali Puteh.