fbpx

“Nak Jadi Penyanyi Silakan, Tapi Jangan Sampai Mengaibkan Diri”

Sebut sahaja nama Datuk Seri Aliff Shukri, pasti ramai mengenali usahawan sensasi itu yang sebelum ini sering terpalit dengan kontroversi.

Bukan sahaja menjadi usahawan, Aliff juga pernah berlakon dan menyanyi. Impiannya untuk menjadi penyanyi sudah terlaksan, Aliff berkata di zaman ini siapa-siapa sahaja boleh membeli lagi daripada komposer.

BACA: Aliff Syukri Dedah Ibu Bapa Sajat Tak Seceria Dulu

“Zaman sekarang, kita boleh beli lagu. Beli sendiri sahaja daripada komposer. Tidak perlu melalui syarikat rakaman atau pengurusan pun. Zaman media sosial seperti YouTube dan pelbagai lagi.

“Semua boleh jadi penyanyi. Zaman sudah berubah. Pendengar juga mahukan sesuatu yang berbeza dan mereka bebas untuk membuat pilihan,” katanya.

Melihatkan ada dikalangan usahawan kini bergelar penyanyi, Aliff menitipkan pesanan supaya tidak melakukan sesuatu yang akhirnya akan memalukan mereka.

Malah, Aliff berpesan kepada penyanyi baru supaya kuat semangat untuk menghadap kritikan netizen apatah lagi dia pernah melalui perkara itu.

“Kalau hendak jadi penyanyi, silakan. Tetapi jangan sampai memalukan diri sendiri, saya sudah melalui detik itu. Di hujung usia nanti, kita yang akan malu dengan anak-anak. Kalau boleh jangan tinggalkan imej buruk.

“Menyanyi kerana minat atau suka-suka, terpulang. Tetapi jangan mengaibkan diri sendiri dan menjatuhkan maruah,” katanya.