fbpx

Aliff Syukri Dedah Ibu Bapa Sajat Tak Seceria Dulu

Beberapa bulan menghilangkan diri dan kini dikatakan berada di Australia, nampaknya penghijrahan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman memberi kesan mendalam buat kedua ibu bapanya.

Menerusi sesi Live di Instagram bersama Sajat malam tadi, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan ibu bapa Sajat tidak lagi seceria dahulu, malah kedua anak angkatnya sering bertanyakan mengenai Umi mereka.

BACA: “Sebelum Larikan Diri, Saya Peluk Anak-Anak Bagi Tahu Terpaksa Pergi”

“Aku jumpa mak kau, dia pun tak seceria dulu, cuma apabila dia dengar kau dah okay semua dia lega la.. dia pun ada tanya tahu tak? Aku pun tak tahu.

“Bila aku cerita dengan ayah dan mak kau, dia kadang-kadang menangis. Sedih dia, dia yang update dekat aku bila kau dah selamat sampai Australia. Aku pun terkejut.

“Dia kata kau ni banyak bantu, penyumbang utama keluarga. Itu sajalah. Aku tengok anak kau asyik tanya mana umi, rindu umi, aku cakap umi cari duit,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff berkata dia mengakui tidak mampu berdepan dengan ujian yang dilalui oleh Sajat itu dan mengambil pengajaran di atas apa yang berlaku.

“Kalau aku berada di tempat kau, aku tak boleh nak lalui detik ini, aku rasa ni cabaran terhebat kau, bukan semua boleh melalui detik ini.

“Aku pun tak sekuat kau, aku tak nak viral-viral dah, kau memang hebat. Aku sekarang nak content dengan isteri sahaja

“Sebagai sahabat, saya dan isteri sentiasa anggap Sajat sebagai sahabat dunia dan akhirat. Semoga Sajat bahagiakan keluarga, kami sentiasa doakan yang terbaik, jangan lupa solat,” katanya.