fbpx

Asyik makan menu yang sama hari-hari muak juga kan? Anak-anak kat rumah tu pun pasti dah jemu layan tekak dengan menu sama je.

Sesekali tu kena cuba resepi lain dari yang lain juga! Nak pula kalau anda kreatif mengolah resipi menjadi menu baru yang cepat, mudah dan sedap. Sangat sesuai untuk anda yang sentiasa sibuk dan boleh juga menjadi menu terdesak jika ada tetamu datang mengejut tu.

Sebelum ini kita biasa makan makanan barat di kedai-kedai makan atau kafe je kan. Kadang tu rasa macam mahal juga kos makan di luar ni. Nak pula kalau bawa keluarga yang ramai, memang modal lebih lah jawabnya! Itupun kalau sedap, kalau tak sedap memang panas hati jawabnya.

Tak mengapa gais, kami nak kongsi dengan anda resipi masakan barat yang senang untuk dimasak di rumah. Hanya menggunakan produk sejuk beku dari EB, sebuah syarikat produksi yang fokus dalam pengeluaran produk makanan sejuk beku yang berinovasi dan berkualiti tinggi menggunakan teknologi IQF (Individual Quick Freezing) yang canggih dalam lebih kurang -40°C bagi menjamin kesegaran makanan walaupun selepas dinyahbeku! Wow.

Anda boleh menggunakan salah satu siri makanan sejuk beku daripada 7 siri oleh EB Frozen Food ini. Siri Western Food ini mempunyai 4 produk baharu yang terdiri daripada Alaska Pollock Fillet, Alaska Pollock Finger, Cheese Stick dan Crispy Battered Fried Shrimps.

Kami kongsikan dulu 2 resepi dari Alaska Pollock Fillet dan Alaska Pollock Finger. Jom lihat di bawah!

Resepi 1: Pollock Mentai Rice

Bahan-bahan

1. Nasi sushi atau nasi putih | Dimasak seperti biasa
2. Seaweed | Dihancur & digaul bersama nasi
3. Alaska Pollock Fillet | Air fry selama 20 minit @ 200c atau goreng selama 7 minit

Bahan sos Mentaiko: (Bahan B)
1. Sos cili
2. Mayonis
3. Sriracha

Cara-cara

1. Campurkan bahan B untuk membuat sos mentaiko. 3 sudu besar mayonnaise, 3 sudu besar cili sos dan satu sudu besar Sriracha. Lebihkan sriracha jika mahu lebih kepedasan.
2. Gaulkan nasi dengan seaweed untuk rasa lebih sedap.
3. Susunkan adunan nasi dan seaweed ke dalam bekas dan ratakan.
4. Kemudian susun Alaska Pollock Fillet ke atas campuran nasi tadi.
5. Isikan ruang2 kosong antara Alaska Pollock Filet dengan nasi.
6. Letakkan satu lapisan sos mentaiko yang telah dicampurkan sebagai lapisan terakhir.
7. Taburkan cebisan seaweed ke atas lapisan sos mentaiko.
8. Bakar di dalam oven atau air fryer selama 10 minit pada suhu 180c atau sehingga lapisan sos mentaiko berubah warna.
9. Sedia untuk dihidang.


Resepi 2: Vietnamese Fried Fish Spring Roll

Bahan-Bahan Diperlukan:

1. Rice paper
2. Suhun | Dicelur
3. Salad | Dipotong halus
4. Lobak Merah | Dihiris panjang
5. Timun | Dihiris panjang
6. Alaska Pollock Finger | Air fry selama 15 minit @ 200c atau goreng selama 5 minit.

Cara-cara
1. Celup rice paper ke dalam air dan letakkan ke atas pinggan leper.
2. Susun salad, suhun, beberapa hiris lobak merah, timun dan Alaska Pollock Finger ke atas rice paper (Seperti di video)
3. Kemudian lipat rice paper menutupi bahan di atas, lipat kiri dan kanan rice paper dan gulung sehingga habis. Untuk hasil yang kemas, anda digalakkan untuk menggulung sedikit ketat.
4. Sedia untuk dihidang bersama sos pilihan anda.


Ini Kelebihan Produk Yang Anda Perlu Tahu!

Kalau anda nak tahu, Alaska Pollock Filet diperbuat daripada ikan Alaska Pollock yang dijumpai di Lautan Bering. Lapisan isi ikan adalah lembut manakala lapisan tempura pula rangup setelah digoreng. Memang sangat menyelerakan dan enak.

Untuk Alaska Pollock Finger pula, inti yang diperbuat daripada ikan Alaska Pollock ini dibentuk menjadi jejari. Intinya pula sangat lembut dan kulitnya pun rangup setelah digoreng! Pasti menjadi snek yang enak dimakan bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Tak henti makan weh!

Paling penting produk ini mempunyai tinggi kandungan Marine Omega-3 Fatty Acid, tinggi kandungan Vitamin B-12, rendah lemak dan kalori serta ada sumber protein yang baik.

Mudah, Cepat & Senang

Fuh, amacam gais? Rugi kalau tak cuba resepi yang kami beri ni! Kami pasti resepi yang kami beri ni senang je nak buat. Produk EB ini pun tak renyah untuk anda sediakan. Ia hanya memerlukan masa penyediaan yang lebih pendek. Sebab tu mereka lebih mengutamakan pada konsep “cepat dan senang”.

Pelanggan Muslim kini juga tidak perlu lagi ragu-ragu semasa memilih produk EB disebabkan semua produk EB dihasil mengikut piawaian Halal, GMP, FSSC 22000 dan HACCP bagi memastikan bahawa semua pengguna dapat membeli dan makan dengan selesa.

Untuk info juga, EB telah memenangi beberapa anugerah setakat ini iaitu Superbrands Award, Asia Pacific Enterprise Award (APEA), Influential Brand 2020, The BrandLaureate Award, Golden Bull Award 2022. Jadi produk ini sangat diyakini ye. Ahaks.

Oh ya, khas untuk penduduk di Lembah Klang, EB Western Series kini boleh didapati secara atas talian dan juga pasaraya berdekatan.

Shopee EB Frozen: https://bit.ly/3e32CwR
Lazada EB Frozen: https://bit.ly/3Rf33Cv
Penghantaran hanya untuk penduduk Lembah Klang sahaja.

Info lanjut boleh klik Laman Web EB, Facebook EB, Instagram EB, Youtube EB dan Tiktok EB.