fbpx

Nak Berlakon Bawah A. Aida, Wajib Ada Paras Rupa

Pelakon dan penerbit, Datuk A. Aida berkata dia tidak kisah dikecam oleh netizen mahupun penggiat seni apabila kekal dengan pendirian paras rupa tetap menjadi elemen penting menjadi seorang pelakon.

Memetik Utusan Online, Aida berkata dia berhak untuk bersuara secara peribadi meskipun kenyataannya itu mungkin membuatkan ada pihak tersinggung serta tidak bersetuju.

BACA: Amelia Henderson Nafi Langgar Kontrak Drama A. Aida

“Tak kisah apa orang nak cakap atau kecam, bagi saya wajib ada rupa paras. Nak berlakon dengan saya, kena cantik dan kacak. Bonus kalau berbadan sasa. Pelakon muda juga salah satu kriteria.

“Selain skrip yang baik, kriteria penting dan wajib adalah rupa paras. Itu adalah formula saya untuk menghasilkan drama yang menerima tontonan ramai. Saya cakap wajib sebab formula itu berjaya,” katanya.

Terdahulu, ada segelintir anak seni membidas kenyataan A. Aida yang membidas kenyataan penerbit itu kerana hanya memandang rupa paras  meletakkan rupa paras seseorang pelakon sebagai ‘resipi’ utama kejayaan sesebuah karya.

Malah, pelakon hebat, Fauziah Ahmad Daud mengatakan kenyataan penerbit itu seolah menghina ciptaan Tuhan kerana ramai individu berbakat melebihi rupa paras mereka.