fbpx

Amelia Henderson Nafi Langgar Kontrak Drama A. Aida

Jumaat lalu hangat diperkatakan apabila penerbit popular Datuk A Aida mahu menyaman Amelia Henderson dan Idris Khan kerana menarik diri di saat akhir dari penggambaran drama terbitannya.

Tampil menjelaskan perkara itu di Instagram, Amelia menyifatkan tuduhan melanggar kontrak tidak berasas. Ujarnya lagi, isu tersebut boleh diselesaikan secara tertutup.

BACA: A.Aida Bengang, Saman Amelia Henderson & Idris Khan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?????? (@ameliath)

“Tanpa prejudis, saya nak nyatakan, tuduhan yang dilemparkan terhadap saya sama sekali tidak berasas dan tidak benar. Saya terkejut apabila dapat tahu mengenai sidang media yang diadakan.

“Saya dapat tahu mengenainya ketika saya sedang bekerja. Saya percaya, perkara ini boleh diselesaikan secara tertutup tanpa membabitkan media dan penonton,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut punca dia menarik diri, Amelia berkata dia teruja untuk terlibat dalam drama tersebut namun watak dalam skrip yang diterima tidak sama seperti mana ditawarkan di awal perbincangan sebelum ini.

“Saya faham mengenai kontrak itu, tapi saya tak melanggarnya. Saya menandatangani kontrak pada Februari dan berdasarkan catatan saya, tempoh kontrak itu sepatutnya bermula 20 Mei hingga 17 Ogos dan apabila saya tandatangan kontrak itu, saya belum dapat skrip penuh atau tarikh lain selain dua tarikh yang disebut.

“Bila saya baca skrip ini, ia berlawanan dengan prinsip dan apa yang saya percaya. Saya tak boleh terima sebab ia berbeza dengan karakter yang dimaklumkan kepada saya ketika saya terima tawaran ini.

“Sebagai wanita, saya tak boleh nak menjiwai watak ini dan ini bukan sesuatu yang saya setuju untuk buat. Ada beberapa isu lain yang saya tak boleh jelaskan di dalam video ini,” katanya.

Terdahulu, A.Aida berkata susulan tindakan kedua pelakon itu menarik diri, dia terpaksa menanggung kerudian besar. Dalam pada itu, Aida turut kecewa kerana dia yang menaikkan nama Amelia dan Idris namun tidak sangka ini balasan diterimanya.