fbpx

Najwa Latiff & Greyson Chance Bakal Tarung Bakat Di Pentas Malam AIM 18

Pertama sekali, secara jujur kami memuji usaha pihak penganjur Anugerah Industri Muzik ke 18 (AIM 18) yang menyokong cabang baru pelopor muzik di'dunia — Youtube.

Sudah tiba masanya untuk penggiat muzik & peminat hiburan sedar yang zaman sudah lama berubah dan syarikat rakaman tidak lagi punya kawalan penuh atas bakat yang wajar di'tampilkan.

Semasa sidang akhbar mengumumkan pengacara bersama & artis yang bakal membuat persembahan, kami agak teruja mendengar nama Greyson Chance yang di'sebut bakal hadir ke Kuala Lumpur untuk AIM 18.

Nama Najwa Latiff mungkin tidak perlu kami perkenalkan lagi — menerima lebih 3 juta tontonan di Youtube untuk video klip rasmi Cinta Muka Buku, penyanyi muda ini memang bintang Youtube sejati Malaysia.

Greyson Chance mungkin nama yang sedikit asing namun nama bakat berusia 14 tahun ini mula di'sebut sebut apabila berjaya menyadur lagu popular Lady Gaga berjudul Paparazzi dengan gaya tersendiri.

Video nyanyian Greyson Chance itu berjaya menerima lebih 43 juta tontontan di Youtube dan muncul di rancangan bual bicara Ellen DeGeneres sebelum di'terima sebagai artis rakaman secara rasmi.

Untuk persembahan di AIM 18, Najwa Latiff & Greyson Chance bakal berduet bersama dalam satu segmen persembahan khas yang pihak penganjur adakan untuk menghargai dua bakat muda ini.

zp8497586rq