fbpx

Naim Daniel Minta Doakan Agar Bertemu Jodoh

Mengakui masih belum mempunyai teman wanita, penyanyi dan pelakon popular, Naim Daniel meminta agar didoakan dirinya bertemu jodoh.

Diusik vokalis Hujan, Noh Salleh dalam satu sidang media virtual baru-baru ini yang bergurau mengatakan dia sudah bertunang, Naim berkata dia kini seronok dengan kerjaya seni.

BACA: Naim Daniel Gelar Anti Vaksin Jenis ‘Tak Malu’

“Saya belum bertunang lagi, masih solo. Calon pun tak ada. Tapi, bolehlah doa-doakan saya bertemu jodoh.

“Sekarang, saya seronok untuk terus menerokai kerjaya seni. Alhamdulillah, rezeki masih ada dan karya lagu saya juga diterima baik,” katanya.

Lantang menyuarakan pendapatnya di media sosial, Naim berkata dia bertekad mahu menyampaikan perkara yang baik-baik dan positif sahaja.

“Pada masa sekarang, dengan penularan Covid-19 didapati ramai orang berhadapan tekanan dan kesempitan hidup. Jadi, perkara itu bukan sesuatu yang membanggakan.

“Justeru, bagi mereka yang aktif di media sosial kena ambil kira pelbagai aspek untuk sesuatu ‘content’ yang nak dibuat. Bagi saya sendiri, memang pilih sebarkan perkara yang baik, bermotivasi dan menyuntik semangat,” katanya.

Prihatin dengan keadaan dihadapi rakyat yang kesempitan hidup akibat hilang pekerjaan kerana Covid-19, Naim antara selebriti yang tampil menghulur bantuan dengan menyediakan Food Bank.