fbpx

Baru Berusia 22 Tahun, Naim Daniel Dah Beli Rumah Sendiri

Nampaknya tahun 2020 merupakan tahun terbaik buat Naim Daniel. Selepas lagu ciptannya diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, Naim berjaya memiliki rumah sendiri pada usia 22 tahun.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh Naim menerusi Instagram serta turut memuat naik fotonya berlatarbelakangkan kediaman tersebut. Naim turut meluahkan rasa syukur di atas segala usahanya akhirnya telah membuahkan hasil.

BACA: “Wajarkah Dia Yang Menuntut Tapi Kita Kena Datang Pada Dia?”

Diruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mengucapkan tahniah serta meluahkan rasa kagum di atas usahanya selama bergelar anak seni. Malah, netizen mengatakan, kejayaannya itu dapat memberikan inspirasi buat anak muda diluar sana untuk berjaya sepertinya.

Tiada yang mustahil untuk memiliki rumah sendiri diusia muda. Apa yang penting perlu berusaha dan bekerja keras untuk mencapai impian tersebut. Diharap, apa yang dikecapi oleh Naim ini dapat dijadikan semangat buat anak muda diluar sana.