fbpx

Naik LRT Sambut Merdeka, Aliff Syukri Disambut Macam Perdana Menteri

Selepas dua tahun berdepan pandemik, semalam sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-35 disambut penuh meriah. Ramai yang turun ke Dataran Merdeka bagi seawal 5 pagi lagi untuk menyaksikan perarakan.

Tidak ketinggalan, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri turut serta bersama seluruh rakyat Malaysia bagi menyambut hari merdeka.

BACA: Jamal Abdillah Sudi Berduet Dengan Aliff Syukri 

Menerusi Instagram, Aliff berkongsikan momen tersebut dimana seawal 6 pagi dia turut menaiki LRT untuk ke Dataran. Menurut Aliff meskipun tiba agak lewat namun dia lega diberi peluang untuk mendapat tempat duduk.

“Terkejut tengok ramai sangat orang yang hadir ke Dataran merdeka untuk melihat perarakan hari merdeka sepanjang di Jalan sekitar Kuala Lumpur. Ya allah ramainya Allah sahaja yang tahu sampai nak bernafas susah, panas dan sampai nak bergerak pun tak boleh nasib baik saya diberi peluang duduk depan walaupun datang agak lewat jam 6.30pagi,” katanya.

Katanya lagi, meskipun perlu besesak sehingga susah untuk bernafas namun ianya sambutan paling bermakna buat mereka sekeluarga serta rakyat Malaysia.