Jamal Abdillah Sudi Berduet Dengan Aliff Syukri
Penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah berkata dia tidak kisah untuk menerima pelawaan berduet dengan usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri.
Memetik KopiPlanet, Jamal menyatakan dia terbuka jika ditawarkan untuk berduet dengan mana-mana pihak asalkan memenuhi syarat yang ditentukannya.
BACA: Aliff Syukri Nak Duet Dengan Siti Nurhaliza, Awie, Jamal Abdillah & Anuar Zain
“Jika ditawarkan untuk berduet dengannya, saya anggap ia penghormatan dan kita pun dapat mengikuti trend serta kekal relevan untuk bersama-sama berada di persada.
“Cuma, syarat utama saya, dia kena menyanyi betul-betul dan tidak sumbang kerana kita akan sakit telinga dan orang pun tidak menyalahkan saya,” katanya.
Menurut Jamal, dia melihat kebanyakan founder produk yang muncul dengan lagu seperti dilakukan Aliff Syukri lebih kepada untuk mempromosikan perniagaan.
“Semua pun tahu dia (Aliff) bukan penyanyi, namun saya melihat dia berkarya sebagai sebahagian daripada promosi bisnes.
“Kalau ditakdirkan kami berduet, dia tak perlu belajar dengan guru vokal. Cuma saya akan turunkan ‘key’ suara biar seimbang dengan usahawan berkenaan,” katanya.
Sebelum ini, Aliff Syukri menyatakan hasratnya untuk berduet dengan penyanyi popular tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Awie dan Anuar Zain.
- SUMBER
- KopiPlanet
Yay… Syabas Datuk alip berjaya dpt seorang untuk duet.Saya yakin mesti gandingan datuk mantap. Terbaeks saya doakan datuk dpt buktikan kemampuan datuk yg sebenar
ada duit semua bleh
nyanyi lah aliff oiii selagu ko mampu & ada peminat sendiri.. usah peduli kata2 negative @ kutukan org ramai. Ko bukan guna dana2 awam pun!
Industri hiburan akan jadi industri badut kl biar org mcm ni berleluasa..itu pun x bole fikir ke wahai org2 seni