fbpx

Nafi Larikan Duit Pelabur MLM, Eira Syazira & Suami Buat Laporan Polis

Ekoran timbul dakwaan yang menyatakan mereka melarikan sejumlah wang milik pelabur sebuah syarikat MLM, Rania Marketing pasangan Eira Syazira dan Azad Jasmin telah membuat satu laporan polis Balai Polis Puchong baru baru ini.

Laporan polis tersebut dibuat terhadap pemilik Rania Marketing iaitu Datuk Suhaimi Othman dan Datin Muniroh Shuhaimy yang sebelum ini mendakwa pasangan selebriti melarikan wang pelabur ketika ditemubual menerusi program Melodi dan juga Galaksi.

BACA: Eira Syazira, Azad Nafi Terlibat Lesap Duit Pelabur MLM

“Jika pihak mereka nak saman saya yang teraniaya dipersilakan. Kami di pihak yang benar. Kami ada bukti untuk bawa hal ini ke tengah. Setakat ini, kami ambil pendekatan tunggu & lihat apa yang akan dilakukan mereka selepas ini, mereka yang melatah dulu dan menimbulkan provokasi”

“Kami boleh saman malu terhadap mereka. Usaha untuk selesaikan perkara berbangkit sebelum ini berakhir dengan kesudahan yang mengecewakan,” ujar Azad Jasmin.

Eira Syazira dan Azad Jasmin mengatakan mereka mula berasa curiga dengan perniagaan syarikat itu selepas tiga bulan menyertainya pada tahun lalu dan sudah mula berhenti terlibat dengan Rania Marketing pada awal tahun ini.

“Saya rasa bertanggungjawab kerana hampir 1,000 orang di bawah saya pun tak dapat pulangan. Kali terakhir saya dapat cek bernilai RM800. Bayangkan dengan jumlah itu saya perlu bahagi kepada mereka yang di bawah saya,” tambah Azad lagi. (rtky/m)