Kenapa ini boleh jadi tajuk berita? Oh ya, dunia hiburan. Apa pun boleh di’jadikan kisah menarik dan anda semua tetap akan baca. Case in point: Majalah Mangga. #LOL

Penampilan Lisa Surihani sejak akhir akhir ini yang melibatkan peningkatan berat badan mula menimbulkan spekulasi pelakon ini kini sedang hamil buat pertama kali.


Bercakap kepada mStar Online, Lisa Surihani mengakui yang berat badan’nya naik sebanyak 4kg dan ini menimbulkan minat beliau untuk mencuba amalan diet Dukan.

Diet Dukan yang di’asaskan Pierre Dukan ini menjadi pilihan ramai wanita Perancis & juga isteri kepada Putera William, Kate Middleton sebagai cara pemakanan sihat.

“Perubahan ini tiada kena-mengena dengan dakwaan kononnya saya sedang mengandung dan mahu merahsiakannya. Mungkin saya bahagia dengan kehidupan sekarang”



“Kalau saya mengandung pada masa akan datang, saya tidak akan buka cerita dulu melainkan apabila tiba masa yang sesuai untuk berkongsi,” tambah Lisa Surihani.