Ardell Aryana, Nadzmi Adhwa Dedah Wajah & Nama Anak
Selepas seminggu menimang cahaya mata sulung, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana mendedahkan jantina dan wajah anak mereka yang diberi nama Arwa Malaikha Urwa binti Nadzmi Adhwa.
Perkara itu didedahkan oleh Nadzmi menerusi Instagram miliknya sebentar tadi. Dalam perkongsian itu, Nadzmi turut memuat naik sebuah video serta meluahkan rasa syukur di atas kelahiran anak pertama mereka itu.
BACA: Ardell Aryana Alami Pendarahan Teruk, Lepas 3 Hari Baru Dapat Dakap Anak
Diruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah serta memuji kecomelan Arwa Malaikha Urwa yang memiliki kulit yang putih melepak.
Jumaat lalu, Nadzmi berkongsikan berita gembira apabila selamat menimang cahaya mata sulung selepas isterinya bertarung kesakitan selama lebih 16 jam.
Dah 20 ari dah Raya tp xde satu pn gosip baju Raya Che Ta dan Abang Zain serta adik aisyah.. Lama tunggu.. Knape admin……..btw tahniah kat dorang kat atas ni sbb dah ada baby
Buruknya nama….
Arwa urwa? nama jenis apa ni
yak kan nak bubuh nama ala2 org putih pula atau bunyi2 org putih sky, dalton, zakar, aaron, isabella, william, gia,
yg alim2 bubuh sarah, adam, suffiya, wp nama nabi dan mak nabi tapi nak juga yg selalu org putih guna. anak tidak dicintai maknya anas. tapi bijak maknya beri nama ilmuan.
ini anak diberi nama srikandi islam hairan pula
Nasib baik dia tak namakan Arwa Aihtizaz…..maknanya Puas Menggigil…haha
Kalau tak tau makna, google jer. Nak sarcastic tanpa ilmu buat pa?