fbpx

Nadya Syahera Dedah Rumah Tangga Diganggu Penyondol

Nampaknya isu penyondol seolah tiada kesudahan apabila pelakon Nadya Syahera pula mendedahkan ada wanita cuba mengganggu rumah tangganya dengan suami, Fizul Nawi.

Memetik Harian Metro, Nadya berkata dia yakin bahawa wanita tersebut tidak mampu menggantikan tempatnya meskipun melihat suaminya hidup dalam kesenangan.

BACA: “Saya Tak Ada Nak Aibkan Sesiapa, Saya Tulis Secara Random” – Nadya Syahera

“Mungkin wanita ini nampak suami saya berduit dan memiliki segala-galanya. Tapi kalau dia ada di tempat saya, sanggup tak dia bertahan. Saya dah lapan tahun, dia baru nak bersama tiga atau empat bulan, jadi lebih baik tak perlu.

“Lupakan nak ambil laki (suami) kakak. Kalau anda sanggup bertahan macam kakak, saya berani potong jari, pergilah,” katanya.

Dalam pada itu, Nadya turut memberi nasihat kepada wanita bujang di luar sana supaya tidak menganggu suami orang kerana perkara itu boleh berbalik kepada mereka semula.

“Saya lihat sekarang ini ramai wanita yang solo, nak cuba pasangan orang. Cuba fikir, kalau anda buat pada seseorang, esok lusa, mungkin benda itu boleh jadi pada anda juga.

“Sebab dunia ini ibarat roda, kalau kita buat orang, esok lusa mungkin kena pada kita. Sekarang ini, saya nampak Allah memang bayar tunai. Kalau awak ambil, boleh rasa bahagia, teruskan.

“Saya dah tahap macam itu sekarang. Kalau anda nak, silakan. Kalau anda boleh bahagia, bahagia itu rezeki anda. Kalau anda tak boleh bahagia dengan cara ini, tak apa Allah beri cara lain,” katanya.

Nadya dan Fizul mendirikan rumah tangga pada September 2015. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aleena Rose, Mohamad Dayyan dan Muhammad Barr Adam.