Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai pelakon Nadya Syahera yang memilih untuk meluahkan perasaan yang sudah lama terpendam di hati menerusi media sosial mengenai suaminya.
Memetik OhBulan, Nadya mengakui rumah tangganya sedang berdepan masalah. Namun, pelakon itu berkata dia dan suami tidak bergaduh cuma jarabg berkomunikasi.
BACA: Suami Sibuk Kerja Di Thailand, Nadya Syahera Akui Tertekan
“Boleh dikatakan macam itu (rumah tangga bergoyang) tetapi kami tidak bergaduh. Kami masih cakap macam biasa. Bagi pandangan dia, isteri haruslah lakukan tugasan di rumah bukan suami kerana tugas dia hanya cari duit. Mungkin juga dia terlupa yang saya juga bekerja.
“Kami berdua sebenarnya perlu banyak berkomunikasi. Saya tengah prepare untuk jadi lebih baik dan sama juga di pihak suami. Kami tengah perbaiki,” katanya.
Ditanya mengenai reaksi suaminya apabila dia berkongsikan luahan hati kepada umum, Nadya mengakui Fizul marah dan kecewa.
“Dia marah. Dia kecewa bila saya pilih platform itu untuk bercakap dengan dia. Tapi saya terangkan balik, saya baru cakap sepatah..dia dengan telefon bimbit dan dunia dia.
“Saya tak ada nak aibkan sesiapa. Saya tulis pun secara random. Itu hanya 10% yang saya rasa. Dia pun dah fikir secara rasional dan boleh terima,” kataya.
Sedar akan kesilapannya itu, Nadya memohon maaf kepada mereka yang kurang senang dengan tindakannya itu serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan kata-kata positif.
“Saya bagi pihak dia juga minta maaf atas kata-kata di Instagram yang menyebabkan ada pihak yang kurang senang atau menimbulkan kecaman ramai orang. Saya terima apa saja yang orang cakap.
“Yang negatif, saya tolak tepi sebab tak nak kusutkan kepala. Saya hanya ambil kata-kata positif sebab saya seorang di rumah. Alhamdulillah DM saya penuh komen positif,” katanya.
Dalam pada itu, Nadya berkata sebagai wanita dia hanya inginkan perhatian dan bukan wang ringgit yang dimahukan mereka. Ujarnya lagi, daripada suami asyik melepak bersama kawan-kawan adalah lebih baik luangkan masa bersama isteir dan anak-anak.
“Faham la wanita. Cuba faham isi wanita sebenarnya. Bukan harta benda yang dia nak kadang-kadang. Selalu orang fikir perempuan nak duit, materialistik.. Sebenarnya tidak!
“Cukup dengan bagi perhatian, itu sudah memadai. Kadang bawa pergi makan dekat kedai mamak pun sudah boleh bahagiakan. Tak semestinya bagi duit.
“Itu saya, orang lain tak tahu. Daripada lepak satu jam bershisha dengan kawan, lebih baik lepak dengan saya dan anak-anak. Saya dah boleh diam, nak suruh buat apa selepas itu saya buat. Sebab saya tak gembira, itu yang bising. Itu saja,” katanya.