fbpx

Nadia Brian Nak Sambung Belajar Master

Mahligai perkahwinan yang dibina sudah pun berakhir apabila mengesahkan sudah bercerai talak satu, kontroversi mengenai rumah tangga pelakon Nadia Brian juga dilihat kini semakin reda.

Baru-baru ini, Nadia dilihat ada memuaut naik fotonya di majlis graduasi diploman dan sarjana muda sewaktu menjalani pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

BACA: Nadia Brian Bengang Dikata Lapar Perhatian

Menyifatkan ianya kenangan terindah, Nadia turut meluahkan hasratnya untuk menyambung pengajian ke peringkat master pula serta bertanyakan kepada peminatnya mengenai perkara itu.

Perkongsian Nadia itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberi sokongan penuh serta memuji pelakon itu bukan sahaja cantik tetapi seorang yang bijak.

Untuk rekod, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi merupakan graduan Diploma Seni Teater dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa.