fbpx

Nadia Brian Bengang Dikata Lapar Perhatian

Tidak mahu dikaitkan lagi dengan bekas suaminya, Mu’izz Nasruddin, pelakon Nadia Brian meminta semua pihak tidak lagi mencantumkan gambarnya dengan bekas suaminya dalam apa sahaja artikel.

Baru-baru ini menerusi Insta Story, Nadia seolah bengang apabila menerima banyak komen body shaming di Instagram miliknya.

BACA: Nadia Brian Minta Bekas Suami Padam Gambar, Pulangkan 19 Kotak Barangan

Menerusi perkongsian itu, Nadia turut memuat naik paparan skrin komen netizen tersebut. Nadia turut bertanyakan perlukah dia membuat laporan kerana ia sudah menjadi kes body shaming.

Dalam pada itu, Nadia turut memberi respon terhadap satu komen netizen yang mengatakan dirinya seolah mahu meraih perhatian.

Nadia tidak mengetahui apa masalah individu berkenaan sedangkan dia langsung tidak mengenalinya. Tidak mudah melatah, Nadia meluahkan rasa syukur dengan rupa paras yang dikurniakan Tuhan.

“Patut buat report ke tak? Dah kes body shaming dah ni. Yang seorang lagi dah kenapa ek? I cantik ke tak kau sakit ke? Kenal kau pun tidak. Ke kau yang gila perhatian. Cantik rupa paras adalah kurniaan Allah SWT. Bersyukur, thank u Allah,” tulisnya.

Terdahulu, netizen mempersoalkan Nadia Brian apabila dia dilihat keluar berjalan-jalan walaupun dikatakan masih dalam tempoh ‘iddah selepas bercerai. Bagaimanapun, Nadia menepis tuduhan tersebut serta mengatakan dia keluar atas urusan kerja bukan untuk berhibur.