fbpx

Nadia Brian Nak Cari Lelaki Serasi Dengan Dirinya

Pelakon Nadia Brian berkongsikan dia ada menerima kiriman jambangan bunga besar daripada seorang jejaka misteri. 

Memetik Harian Metro, Nadia berkata itu merupakan kali pertama dia menerima bunga daripada individu yang dia tidak tahu gerangannya dan mengucapkan teirma kasih.

BACA:  Mahu Calon Suami Beragama, Nadia Brian Minta Jangan Perli Tapi Doa

“Saya tak tahu siapa. Cuma dia tulis ‘annoying fan’. Dia sengaja tulis begitu. Mungkin orang ini tengok aktiviti saya di Instagram. Tapi, bunganya besar. 

“Terima kasih kepada yang memberi. Ini pertama kali saya dapat bunga daripada insan yang kita tak tahu,” katanya.

Ditanya mengenai soal jodoh apatah lagi sudah tiga tahun hidup solo, Nadia berkata dia sentiasa mengharapkan supaya bertemu jodoh yang baik.

“Memang setiap kali kenal mana-mana lelaki, saya akan cakap kita berkawan saja dulu. Takkan saya terus nak jalinkan hubungan cinta. Tak nak peristiwa lepas berlaku lagi.

“Saya akan pastikan kata-kata berkawan dulu. Tapi, kalau ada jodoh atau apa mungkin ia ke fasa seterusnya. Sekarang ini belum ada yang betul-betul serius lagi.

“Ia ibarat masih mengenali. Saya akui ada yang rajin bertanya khabar, tanya dah makan atau belum. Tapi, nak keluar ‘dating’ belum ada masa,” katanya.

Dalam pada itu, Nadia memberitahu kalau boleh dia mencari lelaki yang yang serasi dengannya dan paling utama bukan berstatus suami orang.

“Saya tak nak timbul masalah di kemudian hari. Saya tak nak jadi penyondol dan disondol. Pastikan dia jelaskan dulu statusnya. Saya tak menolak duda atau yang ada anak. Yang penting dia menghormati saya dan keluarga saya,” katanya.