fbpx

Mahu Calon Suami Beragama, Nadia Brian Minta Jangan Perli Tapi Doa

Gagal dalam perkahwinan dua tahun lalu, pelakon Nadia Brian berkata dia mahu mencari lelaki yang memiliki tinggi ilmu agama sebagai calon suami.

Memetik mStar Online, Nadia berkata sebagai wanita sudah tentu dia mahukan pasangan yang boleh membimbingnya ke arah lebih baik serta bersusah senang bersama.

BACA: “Pakai Baju Kurung Pun Orang Kata Seksi” – Nadia Brian

“Saya ditanya tentang kriteria bakal suami dan saya beritahu nak yang beragama.. tapi mungkin dia (penulis) ada tukar sikit perkataan itu tapi tidaklah salah.

“Mestilah kita nak yang beragama, dapat membimbing dan susah senang bersama. Sebenarnya nak berubah pun bergantung pada diri sendiri, doakan yang terbaik untuk saya,” katanya.

Dalam pada itu, Nadia berharap orang ramai mendoakan perkara yang baik-baik buat dirinya dan dia juga kini sedang mendalami ilmu agama namun lebih selesa jika tidak berkongsikan perkara itu kepada orang ramai.

“Bila ada yang kata saya tak sesuai dengan orang beragama.. Saya minta doa yang baik-baik, penampilan saya bukan keterlaluan.

“Kalau keterlaluan pun saya minta maaf.. Saya masih menjaga batas, tidak mengganggu sesiapa dan tahu menjaga diri malah saya ada niat nak berubah menjadi lebih baik.

“Saya ada mendekati (agama) untuk diri saya sendiri seperti mengaji, tapi saya tak kongsi kepada orang ramai. Benda baik ini saya rasa bersifat peribadi,” katanya.