fbpx

Nad Zainal Tidak Selesa Bicara Soal Cinta

Pernah mengalami beberapa kali kegagalan di dalam percintaan sebelum ini, Nad Zainal mengakui dia tidak selesa untuk bercakap soal lelaki dan juga percintaan kerana bimbang hubungan yang terjalin itu tidak berakhir dengan perkahwinan biarpun ia telah dihebahkan untuk pengetahuan umum.

BACA: Nad Zainal Padam Gambar Mesra Dengan Kekasih

“Saya pernah mengalami beberapa kegagalan dalam hubungan cinta sebelum ini dan untuk bercakap secara terbuka soal itu saya jadi bimbang sekiranya ia tidak jadi,” katanya kepada mStar Online sambil mengulas tindakannya memadam gambar bersama seorang lelaki di Instagram baru-baru ini.

“Dia adalah senior saya di Aswara tetapi kami rapat malah Sherry Alhadad juga rapat dengannya. Kami bertemu semula beberapa bulan lalu selepas sekian lama tidak bertemu. Saya tiada niat apa-apa pun ketika memuat naik gambar itu kerana kami hanya kawan”

“Dan tidak sangka pula ia mendapat kecaman dan komen negatif daripada pengikut di Instagram. Sebagai kawan sudah tentu saya rasa bersalah kerana dia dihentam teruk dan sebab itu saya padam gambar berkenaan kerana tidak mahu dia terasa hati dan menjejaskan persahabatan kami,” katanya. (rtky/s)