fbpx

Semalam, pelakon Ungku Ismail berkongsikan perkembangan terkini kesihatan Nad Zainal banyak menunjukkan tanda positif dan tidak lagi bergantung pada alat bantuan pernafasan.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Ungku berkata Nad yang masih berada di unit rawatan rapi (ICU) sudah boleh bercakap namun suara sangat berlahan dan keadaannya masih lemah.

BACA: Sharifah Shahirah & Rakan Artis Berjaya Kutip Lebih RM18k Untuk Nad Zainal

“Sudah banyak perubahan dan proses pemulihan sangat baik. Dia tidak lagi menggunakan tiub pernafasan. Doktor akan lancarkan prosedur lain untuk pastikan oksigen cukup. Sekarang ini untuk pastikan dia boleh bernafas menggunakan paru-paru seperti keadaan normal.

“Nad juga sudah boleh bercakap, tetapi suaranya sangat perlahan. Dia sudah boleh memegang telefon tetapi tak boleh menaip kerana masih lemah. Keadaannya demam sedikit dan kadang-kala badannya panas,” katanya,.

Dalam pada itu, Ungku Ismail turut berharap orang ramai menghentikan sebarang spekulasi sehingga boleh menimbulkan salah faham mengenai keadaan Nad Zainal.

“Sudah-sudahlah buat spekulasi tentang apa yang menyebabkan penyakit dia. Long covid, masalah buah pinggang… semua itu tidak keluar dari mulut doktor. Sepanjang saya bersama doktor tidak ada pun dimaklumkan punca sakit ini disebabkan apa yang dia makan.

“Akan timbul juga spekulasi yang boleh menjatuhkan perniagaan orang. Kita tak mahu perkara ini melarat dan beri ancaman,” katanya.