fbpx

Nad Zainal Selamat Lahirkan Anak Kedua

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Nad Zainal yang selamat melahirkan cahaya mata kedua seberat 2.9 kilogram pada Selasa lalu di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Meluahkan rasa syukur proses kelahiran dipermudahkan, Nad berkata dia akan mendedahkan jantina anak pada hari ketujuh kelahiran.

BACA: Nad Zainal Bakal Timang Anak Kedua

“Alhamdulillah, segalanya lancar dan dipermudahkan. Insyallah, jantina anak akan dimaklumkan pada hari ketujuh kelahiran.

“Nama pun belum fikir lagi. Apapun, terima kasih atas doa dan ucapan daripada semua,” katanya.

Sebentar tadi, Nad berkongsikan berita gembira itu menerusi Instagram miliknya serta gambarnya memangku bayi keduanya itu.

Nad mendirikan rumah tangga dengan suami, Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015. Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Fahad Ibrahim kini berusia lima tahun.