Nad Zainal Sedia Tunjukkan Bukti SMS Diganggu Bekas Kekasih
Kontroversi yang melibatkan Nad Zainal dan bekas kekasihnya Azwan Kombos bagaikan tidak sudah sudah apabila baru baru ini Nad Zainal telah membuat laporan polis yang mengatakan dia diganggu dan dikecam oleh Azwan Kombos.
Manakala Azwan Kombos pula menafikan kenyataan yang diperkatakan oleh Nad Zainal.
Pertemuan yang singkat bersama Nad Zainal semalam telah merungkaikan apa yang sebenarnya terjadi di antara dia dan bekas kekasihnya itu.
BACA: Nad Zainal Buat Laporan Polis, Dakwa Diganggu Bekas Kekasih
“Apa yang saya nak jelaskan di sini ialah apabila dia tidak habis-habis cerita pasal saya dan dia juga berkata dia tidak pernah menghubungi saya lagi itu semua adalah menipu. Dia mesej saya tak sudah sudah macam tidak boleh nak get over,“ ujarnya.
Nad Zainal memberitahu punca yang dia membuat laporan polis ialah disebabkan ada seseorang insan perempuan yang menelefonnya dan cuba untuk mengugutnya.
“Ada seorang perempuan yang saya memang tidak kenal langsung dengan nada yang marah menghubungi saya dan dengan kata-katanya yang tidak baik seperti dia cuba mengugut saya untuk membuka aib antara saya dan Azwan. Semua bukti-bukti yang dia cakap dan sebagainya telah dikumpulkan untuk dijadikan sebagai bahan bukti,“ ujarnya tegas.
BACA: Azwan Kombos Nafi Ganggu & Ugut Naz Zainal, Serah Pada Pihak Polis
Dia turut memberitahu bahawa perempuan tersebut ada juga memberikan tempoh selama 7 hari untuk berbaik semula dengan Azwan Kombos dan dalam masa yang sama mengugutnya serta mengancam untuk melakukan sesuatu terhadap dirinya.
Nad Zainal turut memberitahu bahawa sebenarnya Azwan Kombos masih menghubunginya dan yang terbaru apabila dia berada di Korea menjalankan penggambaran. Azwan juga dikatakan lebih kerap menghantar mesej kepadanya.
Bagi Nad Zainal sendiri itu adalah normal kepada setiap pasangan yang sudah ‘clash‘ untuk menghantar mesej memujuk dan sebagainya yang menjadi persoalannya adalah mengapa melibatkan orang luar dan tidak tahu daripada mana nombornya diperolehi perempuan misteri itu.
“Dia masih telefon saya yang terbaru apabila saya sedang menjalankan penggambaran di Korea. Saya faham kalau dia teks saya kerana itu normal bagi pasangan kekasih yang sudah ‘clash‘ tetapi bila melibatkan orang lain yang menelefon saya dan bercakap bukan-bukan amatlah pelik kerana mana dia dapat nombor telefon saya, kalau bukan dengan orang yang terdekat dan mengenali saya. Esok (Jumaat) saya akan ke balai polis untuk mengumpul semua bahan bukti dan ‘follow-up‘ kes ini,“ tambahnya lagi.
Azwan Kombos Pernah Serbu Di Lokasi Penggambaran
Selain itu, Nad turut membongkarkan bahawa pernah bekas kekasihnya itu, datang menyerbunya di lokasi penggambaran. Nad turut memberitahu sekiranya Azwan Kombos masih sayangkannya dia patut untuk melihatnya bahagia dan tidak perlulah membuat perkara-perkara yang sebegini yang juga boleh menjejaskan nama baik mereka.
Walaubagaimanapun, Nad turut menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali balik dengan bekas kekasihnya itu dan mendakwa seolah-olah bekas kekasihnya itu tidak matang.
“Dia pernah datang menyerbu saya di lokasi penggambaran, cuba untuk memujuk & sebagainya. Sebelum ini ada juga dia berkata bahawa saya tak bagitahu dia untuk putus walhal dia ada mesej saya dan rasanya tidak perlu untuk timbulnya isu terkejut”
“Dia seolah olah seorang yang tidak matang, kata boleh move on jadi teruskanlah. Apa yang dia nak sebenarnya yang penting saya tak akan tetap balik dengan dia,“ katanya. (rtky/hfz)
Nad.. youre a big talent artist,your passion is high enough, like a sky..so try to get suitable man beside you …i admire u…good luck..
hahaha.. sky and sunshine you ni mst nad kan?
si jeragat umur 30 mcm baya2 rita rudaini..kekekeke… biarjela azwan tu tak matang…kalo ko matang ko diam jela…duk celah ketiak bf bangla baru ko tu… ni ko pn sebok mencanang2 mcm howt sangad…puii la nad jeragat!…
Kambus udah2 lettuw…sedih tgk perangai hang yg tak cukup umur ni!! Be a man!!! Ko bukannya org tak kenal, artis lagi.. Apa ada hal???? Meh couple ngn hakak!!! Hew hew hew..
Funny..don’t take any serious beb..we are just outsaider ….i minat lakonan dia…????
Macam cun sgt budak katik ni nk bgtahu konon kombos tergila-gilakan dia. puh-leaseeeee
terus tak minat perempuan ni… POYO….
sape nad ni eh? nape kecoh sgt psl bdk katek ni? org giler mana tgiler2 kat dia? kalo izara aishah logikla tgiler2. ini c kementot dia digiler2kan sgt
Ko nk tkt apa klu ko xbuat bkn2…org tu nk bukak aib apa klu ko xbuat mcm2 dgn azwan
biasalaa.. yg meninggalkan memang tak terkesan dari yang di tinggalkan .. adat la tu .. cer kalau lelaki tu yg mmg xnak kat kau, pastu xlama ada pengganti .. kau rasa keadaan kau?? yes u artis .. org biasa2 kat luar sana pon cmni jgk .. yg ditinggalkan mmg akan meroyan sekejap .. tp masa akan merawat .. u artis .. tindak tanduk u jd perhatian .. so, org x kan lupa u yg meninggalkan then terus ada yg baru .. jaga jaga ada yg perati .. hehehe
boringgg dgr citer ni….
nak tunjuk diri dia ni laku sebenarnya..atas bawah kiri kanan orang tergilakan dia
Kalau u diam takde sapa tahu, nad.
u macam takut je dengan bayang-bayang.
kenapa? ada sesuatu yang u takut azwan bocorkan ke.
rilex sudah.
nama pun sayang..mesti laa cari balik.. biasa laa ko dah dump dia, senang laa move on nad.. ko dah ada laki baru.. nampak sangat senang buang cinta.. tak serius… nak tengok gak relay baru ni taham lama ke tak.. kan????? gedik je nad nih…. azwan boleh dapat lagi terbaik jodohnya… nad ni bukan terbaik… azwan buat jadi pengajaran je nad ni….
Besar nya KEPALA NAD!
Gosip yg org penah ckp psl minah ni bersekedudukan dgn ex dia tu,betul lettew~ tu yg smpai buat report polis bila ada org ugut nak aibkan hal nad n kombos tu.klu xbuat pape,bakpe nak takot org ugut ke ape.nad o nad..kombos o kombos..
U mmg this inmature k. Unknow girl call u. Tp salahkan azwan. Serius. U girl with no brain?
ini akibat nya bila pasangan kekasih tidak setia.. dulu nak bercinta sanngat.. lepas tu tonggakan kekasih begitu aje… ada patut ke? belum tentu hidup dengan pasangan baru nanti menjanjikan kebahgiaan kelak. sebab kalau kita pernah kecewakan seseorang dalam sesuatu percintaan, nanti mugkin orang lain pula akan kekecewakan hidup kita satu masa nanti.
two words for you nad PERGI MAMPOS.
alahai…..persetan kan saja lah cinta ko tu. Tak kemana pun. Macam femes sangat…
si kombos ni nak duit Nad je. sbb tu Nad angkat kaki. Kan dah pernah masuk Melodi
Aku dari dulu menyampah sampahkan c katekk ni . Bajett cun phuii ..
best SANGAT ke pompuan ni??da byak kali menang award ke??alahai~~