fbpx

Nad Zainal Pilih Nama Anak Kedua Budi Kalsom

Selamat melahirkan cahaya mata kedua pada selalu lalu, pelakon Nad Zainal mengumumkan nama anak perempuannya yang diberi nama Budi Kalsom.

Berkongsikan perkara itu di Instagram, Nad turut berkongsikan nama anaknya itu membawa maksud indah pekerti, baik kejadiannya dan lembut perwatakannya.

BACA: Nad Zainal Selamat Lahirkan Anak Kedua

“Semoga sentiasa indah pekerti, baik kejadiannya, lembut perwatakannya. Budi Kalsom nama diberi..Selamat hadir dalam hidup kami,” tulisnya.

Perkongsian Nad Zainal itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang mengucapkan tahniah di atas kelahiran anak kedua serta memuji keindahan nama anaknya itu yang disifatkan klasik.

Nad Zainal mendirikan rumah tangga bersama hati, Muhammad Faliq Amirullah pada 18 Disember 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.