fbpx

Nad Zainal Nafi Taja Kekasih

“Apa orang nampak saya ini kaya dan berduit sangat ke sampai nak taja kekasih pula? Saya nak tanggung belanja diri sendiri pun tak lepas, apa lagi nak taja orang lain,” ujar Nad Zainal sebagai respons yang menyatakan beliau menaja kehidupan kekasihnya.

Dakwaan Nad Zainal menaja kekasihnya, Azwan Kombos ini timbul selepas orang ramai melihat kerjaya jejaka itu yang juga seorang selebriti seperti tidak menentu.

Nad Zainal menjelaskan yang kekasihnya itu masih aktif berlakon dan banyak lagi filem juga drama beliau masih belum dikeluarkan.

“Orang bukan tahu pun latar belakang kewangan dia tapi main cakap saja. Saya kasihan pada dia tetapi tak apalah, selagi saya boleh jelaskan saya akan bercakap sebab benda itu tak betul,” tambahnya lagi yang menganggap semua ini lumrah. (rtky/m)