fbpx

Nad Zainal Nafi Sekedudukan Bersama Teman Lelaki

Ada gossip bertebaran khabarnya Nad Zainal yang kini popular menerusi siri TV Kampung Girl bersekedudukan dengan teman lelakinya, Azwan Kombos. Bosan gila introduksi.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Menurut sumber yang menyampaikan gossip ini, teman lelakinya itu yang juga merupakan artis baru sering bertandang ke kediaman Nad Zainal di Ampang, Selangor.

“Mengucap panjang saya apabila dapat tahu perkara ini, sepanjang saya berkawan dan bercinta dengannya selama ini saya tidak pernah melakukan perkara terkutuk seperti yang didakwa”

“Saya tidak nafikan yang Azwan memang datang ke rumah saya tetapi dia datang ketika kedua ibu bapa saya ada di rumah. Kalau saya berseorangan dia tidak berani untuk bertandang”

“Mungkin orang berkata begitu kerana terlihat Azman ke rumah saya pada lewat malam — kebiasaannya dia menghantar saya pulang. Maklumlah kadang-kadang saya balik rumah agak lewat kerana ada penggambaran,” tambah Nad Zainal.

Pelakon ini turut menegaskan yang tidak mungkin beliau melakukan perkara keji sebegitu kerana tinggal bersama keluarga selain pelik dengan manusia yang suka mereka reka cerita tentang hidupnya. Selamat datang ke dunia artis Nad Zainal!