fbpx

Nad Zainal Memohon Maaf Kepada Semua

Kecoh industri hiburan apabila bekas pengurus Nad Zainal baru-baru ini mendedahkan perangai sebenar pelakon ini kepada umum. Lebih teruk lagi, apa yang disampaikan oleh bekas pengurusnya itu turut disertakan dengan video pendek tentang Nad tidak melayan kanak-kanak ketika berkunjung ke rumah anak yatim.

BACA: Nad Zainal: Saya Bukan Mahu Aibkan Sesiapa

Nad Zainal Mohon Maaf Kepada Semua - ROTIKAYA_in

Mengambil langkah berdiam diri, Nad dalam masa yang sama dilihat memohon maaf secara terbuka di Instagram tentang apa yang terjadi. Bagaimanapun, tindakan Nad tersebut bagaikan tidak dapat menutup kemarahan orang ramai apabila masih dikritik di bahagian komen platform sosial media berkenaan.

Jika Nad betul-betul ingin berubah, ia pastinya sesuatu yang baik bagaimanapun perkara tersebut pastinya mengambil sedikit masa untuk kembali menambat hati peminat. (rtky/s)