fbpx

Nad Zainal Dalam Keadaan Baik, Kini Dalam Proses Pemulihan

Hampir sebulan dimasukkan ke hospital akibat pendarahan pada bahagian paru-paru, terbaru keadaan kesihatan pelakon Nad Zainal dilaporkan dalam keadaan baik.

Perkara itu dimaklumkan oleh rakan artis iaitu Ungku Ismail menerusi satu video di Instagram. Ungku Ismail memberitahu Nad kini dalam proses pemulihan.

BACA: Duit Sumbangan Tabung Nad Zainal Kini Cecah RM162,000

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ungku Ismail Aziz (@ungkuismailaziz)

“Nad masih dalam proses pemulihan. Dia dalam keadaan baik, Alhamdulillah. Saya mohon kamu semua terus mendoakan dia agar dia sembuh, dilenyapkan segala penyakit dan kembali sihat seperti sedia kala.

“Dalam video sebelum ini saya ada jelaskan tak mahu terlalu kerap update kerana bila dalam proses pemulihan dan bila banyak berehat tak ada banyak benda yang boleh saya kongsikan.

Saya tidak boleh nak cerita sangat, berlainan pada awal-awal dahulu, saya cerita secara terperinci sebab tak nak orang buat spekulasi yang bukan-bukan walaupun pada akhirnya ada juga orang buat dan tak tahu atas niat apa,” katanya.

Terdahulu, Ungku Ismail ada maklumkan Nad Zainal menunjukkan perkembangan yang positif dan sudah tidak lagi bergantung pada alat bantuan pernafasan.

Bagaimanapun, Nad kembali bergantung kepada alat bantuan pernafasan apabila paru-parunya masih belum kuat untuk berfungsi sendiri.