fbpx

Duit Sumbangan Tabung Nad Zainal Kini Cecah RM162,000

Selepas empat hari dilancarkan, tabung kecemasan untuk membantu kos perubatan aktres Nad Zainal kini hampir mencecah kutipan sebanyak RM162,000.

Semalam, menerusi satu perkongsian di Instagram pengarah terkenal, Shahrulezad meluahkan rasa bersyukur diatas sokongan yang diberikan peminat dan rakan artis.

BACA: Sharifah Shahirah & Rakan Artis Berjaya Kutip Lebih RM18k Untuk Nad Zainal

 

Difahamkan, ketika Shahrulezad berkongsikan mengenai perkara itu semalam kutipan tabung tersebut hampir mencecah RM70,000.

“Alhamdulillah, syukur. Tabung masih terus dibuka ya kawan-kawan sekalian,” tulisnya.

Sementara itu, pelakon Sharifah Shahirah memaklumkan dia bersama rakan-rakan artis lain membut kutipan buat Nad Zainal.

Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera memaklumkan mereka berjaya mengumpul sebanyak RM18,278 menerusi kutipan tersebut.

Katanya lagi, wang yang terkumpul akan diberikan kepada ibu bapa Nad Zainal bagi meringankan sedikit kos rawatan pelakon itu.