Nabila Razali Tertarik Dengan Lelaki Berparut Di Wajah
Jika sebelum ini Nabila Razali memberitahu bahawa dia sedang mencari lelaki berpewatakan nakal dan rambut panjang sebagai teman, nampaknya ciri-ciri lelaki idaman penyanyi lagu Pematah Hati ini sudah berubah.
Baru-baru ini, Nabila memuat naik gambarnya yang dicantumkan dengan foto pelakon Noah Centino yang mempunyai parut di bahagian dagu. Nabila turut memberitahu lelaki itu adalah ‘teman lelakinya’ yang baru.
BACA: ‘Cinta’ Hael Husaini Dan Nabila Razali Hanya Gimik?
Nabila turut memberitahu tidak lagi berminat dengan lelaki berambut panjang dan dia kini tertarik dengan lelaki yang mempunyai parut diwajah.
Kepsyen tersebut menarik perhatian netizen terutama sekali pengikut lelaki yang secara berjenaka meluahkan rasa kecewa terhadap Nabila kerana telah menyimpan rambut panjang demi memenuhi ciri lelaki idamannya.
Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen dengan mengatakan sanggup untuk menoreh wajah sendiri untuk memenuhi kriteria tersebut.
Kenyataan Nabila yang ingin mencari lelaki berambut panjang sebelum ini yang menjadi perhatian ramai sebenarnya adalah untuk muzik video single terbaharunya yang akan dilancarkan pada Oktober depan.
- SUMBER
- mStar
Bnde mcmni pn nk bgtau. Rotikaya gosip murahan
Wahaaahaaa gosip terbaik ni wkwkwk
Apesal kau tak ckp..kau suka jantan kulop panjang..bengap punya betina..gersang sgt level high dose ke?.
Merepek…itu matsaleh apa stail pun nampak handsome bongok!
Parut jerawat diterima x?
Saye pon ada parut. Parut jerawat. Awak nak tak? haha