Nabila Razali Terkejut MV Peluang Kedua Raih 24 Juta Tontonan, 66 Ribu Komen
Meskipun single terbaru Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali kurang disenangi oleh segelintir netizen, namun video muzik lagu itu kini sudah meraih 24 juta tontonan selepas 3 bulan dilancarkan di laman YouTube.
Terbaru, perkongsian Nabila di Instagram miliknya menjadi perhatian ramai apabila penyanyi itu meluahkan rasa terkejut apabila muzik video lagunya itu menerima lebih 66,000 komen daripada netizen.
BACA: Doktor Nasihat Nabila Razali Rehat Seberapa Lama Boleh
Perkongsian Nabila itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah serta memberikan komen positif dan memberi kata-kata semangat kepadanya agar meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi.
Dalam pada itu, ada yang suka melihat gandingannya dengan MK menerusi lagu tersebut dan berharap mereka akan bekerjasama lagi untuk lagu akan datang.
Cer nyanyi live lol
youtube views xder makna lah wei ada jgk artis tubuh fan club… mcm abph fans undi pukal siap buat telegram…undi sendiri .. ajak fans ketik Zzz sudahlah propa zamn skrg teknologi semua boleh buat..kt china beras pon pelsu..x mustahil vaksin pon palsu huhu
lagu kau sedap tpi syg vokal kau..hancus level kak faz
Level ko level Cik B.. tu fakta bukan auta ye!!!?
zaman sekarang x de talent pon jd singer pe mau heran jual diri dlm insta, utube… x pyh susah nk teran vokal tpi 3-5 thn cari laki kawin tu la modus operandi.. xpon jd duta produk timbang kilo
Sistem aliran Dajjal dunia akhir zaman…stesen2 TV hanya ingin kaut untung janji rating tinggi peduli apa tak de bakat raw talent, peduli apa pendakwah tunggang agama janji masyuk duit hasil pengilang dan jenama iklan-iklan, sogok anak2 muda dgn kehidupan serba glam nanti jual produk, jadi duta, jadi influencer, kisah apa tutup kepala masuk disco duit dulu kaya dulu mewah tayang kereta, rumah, harta benda pergi sana sini waima tak sebahagia mana, kawin 2-3 tahun cerai tukar bini macam tukar seluar dalam je janji dpt kumpul harta dunia, dikenali, rasa gah disanjung, dapat likes berjuta, bangga bersedokah, riak dalam beramal, tunjuk sayang bini meluap-luap tak kita lebai ke, ostat ke, artis ke, tukang masak ke, produser ke, pelakon ke, ahli agamawan ke, politaik ke semua sibok pamir keindahan duniawi padahal tiada apa yang kekal selain alam barzakh tapi tak disogokkan dalam minda bawah sedar anak2 muda sebab agen dajjal mahu penuhkan kantung sendiri untuk dunia sementara tak percaya cer gi sembang kata ahli2 penggali kubur wajah2 yg tersenyum ketika dikafankan dan masuk ke dalam liang adalah orang2 yang tak punya harta seperti orang dari rumah2 orang tua… jadi pikir2kan lah ..
orang nak tengok mv je..
Budak2 tenguk mv sebab K clique..apa lak kau yg terperanjat? hehe..