fbpx

Doktor Nasihat Nabila Razali Rehat Seberapa Lama Boleh

Meskipun terkilan apabila terpaksa menarik diri daripada membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35, Nabila Razali akui banyak faktor menyebabkan dia mengalami masalah kotak suara.

Menurut Nabila disebabkan itu juga dia mula sedar pentingnya menggunakan teknik nyanyian betul ketika membuat persembahan. Ujarnya lagi, masalah dihadapinya mungkin kerana dia sibuk bekerja tanpa henti.

BACA: Tak Putus Asa, Nabila Razali Akan Terus Menyanyi

“Kalau nak kata punca, sebenarnya ada banyak faktor. Tanya doktor, dia pun tidak tahu punca sebab saya saja tahu kenapa boleh terjadi. Bagi saya dulu kerja tanpa henti, mungkin kesan cara nyanyian yang tidak ada teknik.

“Jadi selepas itu baru tahu betapa penting teknik nyanyian untuk buat persembahan. Faktor lain pula mungkin juga pemakanan tak jaga. Apabila masalah ini terjadi, tidaklah sampai tak boleh bangun. Saya masih boleh kerja tapi kena had,” katanya.

Mengulas mengenai berapa lama dia perlu berehat menyanyi, Nabila berkata dia dinasihatkan oleh doktor untuk berehat seberapa lama yang boleh. Katanya lagi, mungkin ada hikmah disebalik Covid-19 seolah memberinya ruang untuk berehat.

“Soal berapa lama, doktor nasihat seberapa lama boleh, tapi memandangkan kerjaya saya ini memerlukan fizikal dan suara, dia faham. Tapi dia cakap kalau boleh berhenti sekejap untuk dia lihat perkembangan,” katanya.

Dalam pada itu, Nabila akui ada membuat research endiri mengenai masalah dihadapinya dan ada antara penyanyi yang perlu berehat lama hingga memakan masa setahun.

“Macam saya ada cari info mengenai masalah ini, apa yang mereka buat adalah betul-betul setahun tak menyanyi. Tapi bagi saya takkanlah setahun tak cari duit. Masalah ini membabitkan suara dan aktiviti lain boleh lagi,” katanya.