fbpx

Nabila Razali Teman Encik Tunang Lumba Kereta?

Bulan lalu hangat diperkatakan penyanyi Nabila Razali didakwa telah mengikat pertunangan dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Nik Izani.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut masih lagi menjadi teka-teki dan Nabila juga enggan memberi jawapan kepada persoalan tersebut.

BACA: Nabila Razali Kini Tunang Ahli Perniagaan?

Terbaru, menerusi perkongsian di Insta Story, Nik Iruwan dilihat ada memuat naik foto ketika dia menyertai pertandingan Asia Pacific Motorspot yang berlangsung baru-baru ini.

Namun apa yang menjadi perhatian ada foto memperlihatkan seorang wanita dipercayai mirip dengan wajah Nabila. Wanita tersebut dilihat memakai baju jalur serta tudung berwarna hitam.

Terdahulu, sumber berkata Nabila dikatakan sudah bertunang dengan jejaka itu dan majlis diadakan secara tertutup melibatkan ahli keluarga terdekat yang berlangsung di rumah baru Nabila di Selayang.