fbpx

Nabila Razali Kini Tunang Ahli Perniagaan?

Tiada angin tiada ribut, penyanyi Nabila Razali dikatakan telah mengikat pertunangan dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Nik Izani, malam kelmarin.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Memetik Kosmo, sumber berkata majlis diadakan secara tertutup melibatkan ahli keluarga terdekat yang berlangsung di rumah baru Nabila di Selayang.

BACA: Nabila Razali Syukur Akhirnya Tercalon Top 5 ABPBH

“Betul dia dah bertunang. Tapi, pengesahan perlu datang dari bibir dia sendiri sebab hal peribadi,” kata sumber.

Menurut perkongsian suadara terdekat lelaki berkenaan, majlis secara tertutup itu turut diserikan dengan pelamin kecil serta acara bertukar dulang hantaran.

Tidak dapat dipastikan tarikh mereka bakal disatukan namun hari bahagia pasangan itu pasal berlangsung pada tahun hadapan.

Sebelum ini, hangat diperkatakan apabila peminat pernah terserempak dengan pasangan terbabit di Genting Highlands.

Untuk maklumat, pemudia berusia 37 tahun itu adalah pemegang Ijazah Pemasaran dari Universitiy of Hertfordshire, United Kingdom.

Selain terbabit dalam pembangunan pelumba negara melalui sukan go-kart sejak tahun 2008, Nik Iruwan turut menguruskan empayar perniagaan keluarganya.