Nabila Razali Tarik Diri Dari Separuh Akhir Muzik Muzik 35
Lagu hit Peluang Kedua bakal bertanding di Separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35), bagaimanapun Nabila Razali terpaksa menarik diri kerana tidak dapat membuat persembahan atas faktor kesihatan.
Pengurusnya, Mohd. Asrul Abdul Talib memaklumkan keputusan itu dibuat atas nasihat doktor, guru vokal Datuk Syafinaz Selamat dan komposer lagu Peluang Kedua, Hael Husaini serta MFMF.
BACA: Nabila Razali Tak Tolak Jodoh Dengan MK K-Clique
“Ini adalah keputusan yang sangat sukar buat Nabila berikutan peluang untuk menyanyi di pentas SFMM antara yang menjadi impiannya sebagai penyanyi.
“Dia sudah menjalani latihan vokal sejak September lalu dengan Datuk Syafinaz sebagai persiapan awal. Namun masalah ini dikesan sejak minggu lalu dan menjadi semakin teruk,” katanya.
Sepatutnya Nabila menyanyikan lagu tersebut pada Ahad ini, Asrul berkata pelbagai usaha rawatan dilakukan termasuk khidmat doktor pakar namun berehat dalam jangka masa yang panjang adalah jalan terbaik.
Dalam pada itu, ditanya adakah Nabila bersedia menerima kecaman netizen gara-gara tidak boleh menyanyi secara langsung dengan baik, Asrul berkata ketika pencalonan dia menerima pujian daripada netizen.
“Daripada awal karier Nabila pun, netizen nak cakap apa kita tak boleh stop. Kalau nak kata gimik, tak kot sebab masa pencalonan dia nyanyi secara live dan banyak terima pujian.
“Kalau bukan atas sebab masalah kesihatan, dia nak sangat menyanyikan lagu tersebut. Pihak produksi juga sudah dimaklumkan tentang perkara ini,” jelasnya lagi.
- SUMBER
- Astro Gempak
Sajat ganti Manila ke weyyy???
Lagu mcm kartun tu x pyh vokal wow pon x per dekk. Vokal katak…. ko telan Clorox kew tu sabotaj diri agar x dpt masuk.. haha
Taktik kot …ganti org lain yg lagi sedap ehhhhh??
mcm lah lagu kau tu sejenis bernada tinggi kna tarik
Nkonyer trick cam dato CT ler, tkot netizen mmbawang bhan ngan jayanyer… Baek nko surrender dulu ek??? Gud job… Bahahahah…
kalau masuk pon x menang lah…wakaka..buat penat sewa baju jer.
Apa kate ko tarik diri dari industri atau tarik selimut. Hujan2 sedap tau tidor lagi bagos.
Korang semua ni dag kenapa busuk hati? Jeles ke dengan rezeki org lain? Doakan je la kesihatan org lain. Apa dapat tah jadi keyboard warrior ni?
Aku tngk dia nyanyi live kt meletop OK jek. Tp mmg sora dia terlalu biasa x sedap langsung pun. Ada laa beberapa note flat sana sini tp tu biasa bila nyanyi live kdg2 nervous. Tp mmg sora dia bkn sehebat penyanyi yg hebat yg ada la. Terlalu biasa…
respect la kat owner lagu nabila oii.ini bertanding juara lagu bkn bertanding siapa nyanyi paling bagus je.ko tak dpt nyanyi boleh je srh org lain nyanyikan.lagu tu ade kualiti tau.ada potensi utk menang.apelah nabila ni.jgn pikir diri sendiri je.ingat2 gak kat empunya lagu tu.
Alia@, ko ni tone deaf ker? …ni bukan pasal rezeki …ini pasal bakat. Phm ke idok?
Dia ni xder vokal. Msia mmg terkenal dgn singer yg ada skill…cth Dato CT, Misha, Jac, Liza Hanim, Erni, Shila, Ning, Dayang, ….kalau mcm ni punya kualiti mmg memalukan.
Dia ni setakat boleh nyanyi je.. Tp suara xsedap..
Think positive hehew
Tq dik.
dia takut org kritik dia lg sbb tu tarik diri..bkn sbb masalah kesihatan hahah.. lagu tu berat silap besar hael bg dia lagu ni.. patut bg aina abdul, indah atau ernie..lg gempak