fbpx

Dimaki & Dihina Netizen, Nabila Razali Sedih Bakat Dipertikai

Meskipun berdepan pelbagai kecaman dan kritikan sebagai penyanyi dan pelakon, namun ia tidak langsung mematahkan semangat Nabila Razali untuk terus menyinar dalam industri hiburan tanah air.

Bagaimanapun, Nabila akui merasa sedih apabila ada netizen mempertikaikan bakat nyanyian dan lakonannya serta mendakwa dirinya menggunakan cara tidak senonoh untuk diterima berlakon di sebuah stesen televisyen.

BACA: Nyanyi Live Di MeleTOP, Nabila Razali Dipuji Netizen

Menerusi perkongsian di Instagram, Nabila berkongsikan beberapa paparan mesej daripada netizen yang menghina serta melemparkan kata-kata kesat terhadapnya. Malah, lebih teruk ada netizen yang mahu melihat Nabila Mati.

Terkilan dengan penghinaan netizen itu, Nabila berkata dia tidak pernah tidak pernah mempersoalkan rezeki orang lain. Difahamkan, Nabila menutup ruangan komen entri yang menunjukkan paparan skrin mesej netizen itu.

“Subhanallah, sesungguhnya, saya tidak pernah mempersoalkan rezeki orang lain. Ini sangat menyedihkan,” katanya.